Ini baharu karakter sebenar Bos Gaurus

KEMENANGAN 3-2 Perak ke atas Felda United pada aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam tadi disifatkan terhasil daripada semangat juang tinggi dalam kalangan pemain The Bos Gaurus.

Pengendali Bos Gaurus, Mehmet Durakovic berkata, tiga gol yang terhasil di laman lawan itu membolehkan pelawat melonjak dalam kelompok lima terbaik liga sekali gus mengekalkan momentum kemenangan mereka sebelum ini.

“Kami banyak mencipta gerakan dan peluang yang menarik sepanjang perlawanan yang membolehkan kami menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama.

‘Tapi saya akui dua gol lawan pada hujung perlawanan adalah akibat kelekaan pertahanan Bos Gaurus.

“Ia sesuatu yang mendebarkan apabila lawan kembali merapatkan jurang pada saat akhir tapi syukur kami berjaya mengekalkan kemenangan ini untuk mendapatkan tiga mata yang sekali gus memperbaiki kedudukan dalam liga,” katanya selepas tamat perlawanan.

Perak memperoleh gol pertama pada minit ke-22 menerusi pemain import Ronaldo Henrique Silva diikuti gol kedua K Partiban (minit ke-33) dan Raianderson Da Costa (minit ke-53).

Manakala dua gol Felda United pula dijaringkan Muhammad Hadin Azman (minit ke-80) dan Kei Ikeda (minit ke-82).

 

Sementara itu, pengendali Felda United Mohd Nidzam Jamil berkata sukar bagi pasukannya menerima kekalahan memandangkan mereka amat memerlukan mata untuk kekal dalam Liga Super pada musim depan.

“Bagaimanapun, saya sedar pemain sudah melakukan yang terbaik untuk menang dan terus berjuang. Mereka tidak mengalah walaupun ketinggalan dan berusaha mengejar Perak yang mendahului jaringan.

“Saya berharap pemain tidak berputus asa dengan keputusan malam ini dan berusaha bangkit pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Kedudukan Liga Super

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*