Johor Darul Ta’zim cipta sejarah rangkul gelaran juara Liga Super Malaysia buat kali keenam

Tahniah Johor Darul Ta’zim!

Skuad The Southern Tigers berjaya mencatat satu lagi sejarah apabila merangkul gelaran juara Liga Super Malaysia buat kali keenam berturut-turut! Kejayaan ini berjaya disahkan setelah mereka menewaskan Melaka 2-1 di Stadium Hang Jebat, melalui jaringan daripada Nazmi Faiz dan Diogo.

Kejayaan ini cukup menakjubkan jika kita mengambil kira bahawa JDT berjaya mengesahkan status mereka selaku juara Liga Super biarpun masih lagi berbaki empat perlawanan untuk musim ini. Malah, JDT juga masih belum ditewaskan oleh mana-mana pasukan di pentas liga musim ini, dengan 14 kemenangan, 4 seri dan 46 mata dari 18 perlawanan setakat ini.

JDT juga kini berada 16 mata di hadapan Pahang, yang berada di tangga kedua, dan 18 mata di hadapan Selangor, yang berada di tangga ketiga.

Biarpun berdepan tugas sukar untuk mencari keseimbangan di antara Liga Super, Piala FA dan juga penyertaan sulung mereka di pentas Liga Juara-Juara Asia, the Southern Tigers menunjukkan tahap konsistensi yang cukup tinggi, terutamanya di bahagian ser4ngan. Diogo kini penjaring terbanyak JDT di Liga Super dengan 10 gol, Gonzalo Cabrera telah meledak 9 gol manakala Safawi Rasid pula mencatat tujuh gol setakat ini.

Kejayaan ini juga sekaligus mengesahkan penyertaan Johor Darul Ta’zim di peringkat kumpulan kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2020.

Sekali lagi, tahniah Johor Darul Ta’zim!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*