Juarai Liga Super Malaysia enam kali berturut-turut, kami adalah yang terbaik – TMJ

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menyifatkan pasukannya adalah yang terbaik selepas mengesahkan kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-6 berturut-turut, semalam.

Bagi Tunku Ismail yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), faktor utama JDT dapat mengekalkan konsistensi merangkul kejuaraan liga setiap musim sejak tahun 2014 adalah kerana JDT laparkan kejayaan.

Di samping itu, pasukan yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan itu juga mempunyai mentaliti menang serta memberikan perhatian penuh kepada kekuatan sendiri. 

“Sebelum saya sertai FAM dan MFL, JDT dan saya telah berjaya memenangi 8 piala. Jadi jangan cari alasan kononnya JDT menang pasal saya pengerusi MFL.

“JDT adalah juara kerana kami ketagih kepada kejayaan dan mencipta sejarah. Mentaliti menang. Kami fokus kepada diri sendiri dan bukannya orang lain.” kongsinya menerusi laman sosial Instagram.

Sebelum itu, Tunku Ismail turut mengucapkan tahniah kepada warga JDT serta merakamkan penghargaan kepada para penyokong sejurus sahaja tamat perlawanan menentang Melaka di Stadium Hang Jebat, semalam.

“Tahniah kepada semua di dalam kelab dan terima kasih kepada semua penyokong/keluarga JDT. Saya juga ingin berkongsi sebuah kisah kepada semua.

“Pada tahun 2013, saya membina sebuah kelab bernama JOHOR DARUL TA’ZIM, JDT… TAMAT” tulisnya.

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*