Liverpool timbang beli Coutinho

LONDON – Liverpool terbuka untuk menandatangani semula Philippe Coutinho dari Barcelona selepas pemain itu bergelvt dengan prestasi di Nou Camp.

Pemain tengah Brazil itu menyertai gergasi Sepanyol dengan perjanjian bernilai 145 juta pound (RM760 juta) pada Januari tahun lalu, yang merupakan perpindahan ketiga termahal dalam sejarah.

Bagaimanapun, Coutinho mengharungi tempoh mengecewakan di Sepanyol dan dia menerima banyak krit1kan daripada peminat Barcelona, selepas menjaringkan 21 gol dan mencipta 11 bantuan dalam 76 perlawanan.

Menurut media Sepanyol, Sport, Liverpool mungkin mengalihkan fokus mereka terhadap Coutinho selepas kelab itu berdepan kesukaran berunding dengan Real Madrid bagi mendapatkan khidmat Marco Asensio.

Coutinho berjaya meraih perhatian peminat di Anfield sepanjang lima tahun dia bersama kelab itu dan melakukan lebih 200 penampilan.

Pemain berusia 27 tahun itu meled4k 54 gol dan menghasilkan 45 bantuan di Liverpool, dan peminat mungkin gembira tentang prospek Coutinho digandingkan semula dengan Sadio Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Barcelona telah membayar 6.8 juta pound (RM35 juta) bagi setiap gol dijaringkan Coutinho dan ia tidak termasuk pendapatannya sebanyak 240,000 pound (RM1.25 juta) seminggu.

Disebabkan faktor itu, Barcelona dikatakan telah hilang sabar dan mula mencari pembeli, dengan Manchester United merupakan salah sebuah kelab Liga Perdana Inggeris yang mampu membelinya.

Menurut laporan, Barcelona bersedia mengalami kerugian di atas penjualan Coutinho.

Pada musim terakhirnya bersama Liverpool, pemain Brazil itu secara purata melibatkan dirinya dalam jaringan bagi setiap 86 minit dan mencipta 3.23 peluang untuk setiap perlawanan yang merupakan statistik terbaik pernah dicatat Coutinho dalam kariernya.

Musim lalu, pembabitan Coutinho bagi setiap jaringan ialah 289 minit dan melakukan 1.42 peluang sewaktu beraksi bersama Barcelona pada musim lalu, ia adalah yang terburuk dicatat pemain itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*