Presiden La Liga harap Neymar tidak kembali ke Barcelona

MADRID – Presiden La Liga, Javier Tebas menegaskan bahawa dia lebih menyukai sekiranya Neymar tidak kembali menyertai Barcelona sambil mempertikaikan sikap penyer4ng itu.

Neymar dikaitkan dengan perpindahan semula ke Camp Nou selepas dua tahun menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai perpindahan 222 juta euro (RM1.06 bilion).

Perkara itu semakin hangat diperkatakan selepas Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menegaskan bahawa pasukan itu tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemain bersikap ‘diva’.

Tebas berharap, Barcelona tidak akan membawa masuk semula bintang penyer4ng itu.

“Saya lebih gemar jika Neymar tidak kembali menyertai Barcelona.

“Kami sentiasa mahu membawa masuk pemain-pemain hebat tetapi dalam kes Neymar, sikapnya tidak baik untuk liga ini kerana dalam berita akan ada cerita utama mengenai sikapnya.

“Kami bekerja keras dalam La Liga untuk mengekalkan kualiti dan kami tidak mahu mengubah imej itu,” katanya.

Barcelona juga dijangka membawa masuk Antoine Griezmann dengan beberapa pemain lain akan dijual bagi mendapatkan dana untuk membawa pulang Neymar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*