Mbappe, Neymar muncul dalam video pelancaran jersi PSG, tak jadi ke Barca?

PARIS – Bintang penyer4ng Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe muncul semasa pelancaran jersi baharu pasukan itu bagi musim 2019-2020.

Neymar sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan semula ke Barcelona manakala Mbappe menjadi sasaran utama Real Madrid.

Bagaimanapun, juara Ligue 1 itu dilihat menjangkakan kedua-dua pemain bintang itu akan kekal di Parc des Princes musim hadapan.

Kedua-dua pemain itu muncul dalam video pelancaran jersi terbaharu pasukan.

Mbappe menjaringkan 33 gol dalam saingan Ligue 1 manakala Neymar meled4k 15 gol untuk PSG menamatkan saingan dengan kelebihan 16 mata.

Neymar dilaporkan mahu meninggalkan PSG dengan timbalan presiden Barcelona, Jordi Cardoner mengesahkan bintang Brazil itu akan kembali ke Camp Nou.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :  AGENSI via UTUSANOLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*