Guardiola tidak minat sertai Barcelona

LONDON – Pep Guardiola sekali lagi menegaskan bahawa dia akan terus memberikan komitmen kepada juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan menolak kemungkinan kembali ke Barcelona.

Guardiola membawa City merangkul kejuaraan treble domestik musim lalu walaupun gagal merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara.

Bekas pengendali Bayern Munich itu dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona selepas dia pernah membawa pasukan itu muncul juara Liga Juara-Juara sebanyak dua kali dan tiga kejuaraan La Liga.

Guardiola memberi bayangan dia akan kekal di Etihad untuk tempoh yang panjang dengan baki kontrak semasa sehingga 2021.

“Saya ada segalanya di sini, jujur saya katakan, semua yang saya perlukan.

“Bekerja di rumah sendiri (Sepanyol) sangat memenatkan kerana di sana emosi sangat tinggi dan sidang akhbar sangat sukar.

“Di Manchester, saya ada Pengarah Bolasepak, Txiki (Begiristain), individu penting dalam karier saya. Dia mempercayai saya ketika saya belum ada apa-apa,” katanya yang membantu City menjadi juara Liga Perdana Inggeris dua kali berturut-turut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*