Suarez tinggalkan Barca

BARCELONA: Pemain tengah Barcelona, Denis Suarez bersetuju untuk kembali ke kelab zaman remajanya, Celta Vigo, kata kelab juara Sepanyol itu.

“Barcelona dan Celta Vigo bersetuju dengan perpindahan Denis Suarez. Kelab Galicia itu akan membayar Barcelona 12.9 juta euro (RM60.45 juta) dengan tambahan 3.1 juta (RM14.53 juta),” kata Barca.

“Barcelona merakamkan penghargaan kepada Denis Suarez di atas komitmen dan dedikasinya, serta kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dia meraih lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.”

Suarez, 25, bermula di akademi Celta dan beraksi bersama skuad simpanan sebelum berpindah ke Manchester City ketika berusia 17 tahun tetapi tidak pernah beraksi secara kompetitif bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Dia kemudian kembali ke negara asalnya Sepanyol dan menyertai skuad simpanan Barcelona pada tahun 2013 sebelum dipinjamkan ke Sevilla dan Villarreal, dan akhirnya berjaya menempatkan diri dalam skuad utama Barca pada tahun 2016 dengan keseluruhan 16 penampilan dalam dua kempen aksi La Liga.

Suarez tidak berada dalam kesebelasan utama untuk perlawanan liga musim lalu dan dipinjamkan ke Arsenal pada Januari, tetapi penampilan kali keduanya di England dibayangi kecedera4n di mana dia gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama kelab London itu, dan tampil hanya enam kali sebagai pemain gantian.

 

Sumber: REUTERS via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*