[VIDEO] Pasukan TMJ menang bergaya

Pasukan Johor Darul Takzim pilihan Tunku Mahkota Johor (JDT TMJ) berjaya menundukkan JDT Pilihan Dunia 9-5 dalam perlawanan amal di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin hari ini.

Gol-gol kemenangan pasukan JDT TMJ dihasilkan bekas pemain Piala Dunia Itali, Marco Materazzi minit ketiga manakala bekas pemain Perancis, Frorent Malouda pula menghasilkan gol m-4, m-11 dan m-66.

Robert Pires turut mencatatkan selaku penjaring gol menerusi gol keempat dan keenam (m-15 dan m-44) diikuti Tunku Ismail Sultan Ibrahim minit ke-23.

Pada minit ke-50, Trezequet menghadiahkan gol ke tujuh perlawanan manakala Malouda sekali lagi menghasilkan gol kelapan minit ke-66 manakala Diogo Santo meled@kkan gol kesembilan pada m-89 perlawanan.

Lima gol bagi pasukan JDT Pilihan Dunia pula dihasilkan Louis Saha (m-20), Rivaldo Ferreira (m-42 dan m-46), Edgar David (m-57) dan Claudio Caniaggia (m-59).

Perlawanan amal bintang dunia berjaya menarik lebih 17,000 peminat bola s3pak bukan sahaja dalam negara malah penonton dari negara luar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : K! ONLINE. via AYAM TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*