Hafizh Syahrin Teruskan Kebangkitan di Assen 

Pelumba pasukan Red Bull KTM Tech3, Hafizh Syahrin Abdullah kini boleh menarik nafas lega selepas berjaya mengutip mata penting dalam perlumbaan pusingan ke lapan MotoGP yang berlangsung di Assen pada Ahad. 

Selepas gagal menamatkan perlumbaan sebelum ini ekoran masalah teknikal yang dihadapi oleh jentera KTM RC16 miliknya, Hafizh berjaya membawa pulang satu mata berharga kali ini setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 15. 

Walaupun bermula daripada barisan belakang petak permulaan, Hafizh berjaya mempamerkan aksi cemerlang untuk memintas beberapa pelumba dan pada suatu ketika berjaya mendaki sehingga ke kedudukan ke 13 untuk menjadi pelumba kedua terpantas KTM di belakang Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing). 

Namun begitu, sedikit mal4ng buat pelumba berusia 25 tahun tersebut sewaktu menghampiri penghujung perlumbaan apabila beliau kehilangan beberapa tempat dan turut berjaya dipintas rakan sepasukannya Miguel Oliveira. 

Malah, Hafizh sendiri mengakui beliau melalui perlumbaan yang sangat baik sebelum mula kehilangan rentak ketika perlumbaan berbaki lapan pusingan sahaja lagi. 

“Saya kehilangan cengkaman di bahagian tayar sebelah kanan ketika perlumbaan berbaki lapan pusingan dan saya sendiri tidak pasti mengapa ianya berlaku. 

“Sangat kec3wa kerana saya tahu kami boleh menghampiri Pol Espargaro di hadapan malah boleh menamatkan perlumbaan di hadapan Miguel”

Dalam perkembangan sama, Hafizh juga percaya ‘swing arm’ karbon yang diterima oleh Miguel pada minggu ini mampu untuk membantu beliau dalam mendapatkan rentak perlumbaan dan berharap turut menerima penambahbaikan yang sama dalam perlumbaan seterusnya.

Persembahan bertenaga beliau kali ini turut mendapat pujian daripada pengurus pasukan Herve Poncharal yang menyifatkan Hafizh berjaya melalui satu perlumbaan yang menakjubkan. 

“Hafizh memiliki rentak yang sangat baik di permulaan perlumbaan sehingga berjaya memintas pelumba di hadapan. Dia juga berjaya mengekalkan konsistensi dan sangat laju. 

“Sudah pasti ianya menggembirakan saya kerana selepas dua perlumbaan yang sedikit mal4ng di Barcelona dan Mugello sudah pasti kami mahukan dia menamatkan perlumbaan kali ini dan mengutip mata” ujar beliau. 

Kini selepas lapan perlumbaan, Hafizh Syahrin sudahpun mengumpul tiga mata keseluruhan untuk berada di kedudukan ke 24 dalam senarai kejuaraan dunia. Perlumbaan seterusnya dalam saingan MotoGP musim ini dijadualkan berlangsung di Litar Saschsenring, Jerman. 

Dalam perlumbaan di litar yang sama pada musim lalu, Hafizh berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 11.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*