Nilai United kian merosot

LONDON  – Manchester United mula berasa kesan kedudukan kewangan yang terjejas ekoran prestasi burvk yang dipamerkan, musim lalu, dengan nilai kelab kini kurang daripada AS$1 bilion (RM4.13 bilion) berbanding Ogos tahun lalu.

Berikutan igauan burvk pada kempen lepas, menyaksikan Red Devils sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam dan gagal layak ke Liga Juara-Juara, di mana pemilik kelab menyaksikan nilai kelab itu semakin merosot kepada 25 peratus.

Manchester United Plc didagangkan pada AS$3.17 bilion (RM13 bilion) pada Isnin, walaupun kelab itu dinilai pada tahap tinggi iaitu AS$4.27 bilion (RM17 bilion) sewaktu permulaan musim lalu.

Keyakinan yang kian merosot di Old Trafford turut memberi kesan kepada pasaran, apabila nilai saham jatuh kepada AS$18.08 (RM78), berbanding AS$26.20 (RM108), 10 bulan lalu

Difahamkan kegagalan United melayakkan diri ke Liga Juara-Juara, telah menyebabkan kelab terpaksa menanggung kos sekitar 80 juta pound (RM418 juta) untuk bayaran kepada UEFA, perjanjian penajaan dan juga jualan tiket.

Peminat Red Devils telah melancarkan bant4han terhadap Glazers sejak beberapa minggu lalu, apabila mereka mendesak pemilik menjual kelab tersebut. Tekanan yang diterima pemilik warga Amerika Syarikat itu telah menyebabkan penurunan nilai kelab dan dilaporkan mereka sedia menimbangkan untuk menjual United.

Menurut media di England, Daily Express, Glazers kini begitu berhati-hati untuk membuat pelaburan bagi memastikan United mampu menjadi pesaing gelaran tulen.

Mereka telahpun berbelanja sebanyak 60 juta pound (RM313 juta) musim panas ini, dengan membeli Dan James dari Swansea dan pemain Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka yang berharga 45 juta pound (RM235 juta), bagaimanapun, mereka boleh menjana pendapatan lebih daripada 200 juta pound (RM1.04 bilion) dengan menjual Paul Pogba dan Romelu Lukaku.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*