Pengalaman yang berharga, ‘ubi’ JDT dapat petua daripada bekas bintang dunia

Para pemain Akademi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) diberikan peluang berlatih bersama-sama bekas bintang bola sepak dunia dalam satu sesi klinik kejurulatihan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, semalam.

Selain itu, mereka juga mendapat petua dan tunjuk ajar secara langsung daripada bekas bintang dunia ini dalam sesi latihan tersebut. Kebanyakan yang terlibat dalam klinik tersebut terdiri daripada kalangan pemain yang pernah bersaing di pentas Piala Dunia serta menyarung jersi pelbagai kelab ternama sekitar eropah, suatu masa dahulu.

“Pemain seperti Robert Pires, Rivaldo, David Trezeguet, Edgar Davids, Claude Makelele, Claudio Caniggia dan ramai lagi turut menyertai sesi latihan akademi JDT serta memberi petua kepada pemain-pemain bola sepak yang penuh beraspirasi ini.” tulis kenyataan di laman sosial Johor Southern Tigers.

Pengalaman yang penuh bermakna ini pastinya berbekas di hati para ‘ubi’ JDT ini dan akan meningkatkan motivasi dan inspirasi mereka untuk berjaya dalam kerjaya sebagai pemain bola sepak professional kelak.

Turut sama hadir ke sesi klinik kejurulatihan tersebut ialah pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor.

Foto: JOHOR Southern Tigers 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*