LONDON – Manchester United perlu membawa masuk NGolo Kante dan Blaise Matuidi untuk bergandingan bersama Paul Pogba, kata Mark Bosnich.
Bekas penjaga gol Manchester United itu bukanlah orang pertama yang mencadangkan agar pemain tengah pemenang Piala Dunia 2018 itu menyertai skuad Red D3vils.
Bosnich bagaimanapun adalah individu terbaharu yang menyifatkan Kante mampu menyerlahkan kehebatan Pogba di Old Trafford.
Dalam konteks Pogba, saya fikir adalah lebih baik mereka (United) membina pasukan di sekelilingnya.
Saya rasa apa yang mereka patut buat adalah mengesan siapa yang boleh membantu Pogba untuk mencapai kejayaan seperti di Juventus dan Piala Dunia, dan siapa yang bergandingan dengannya?
Dalam Piala Dunia, gandingannya adalah N Golo Kante (Chelsea) and Blaise Matuidi (Juventus).
Jadi jika anda mencari pemain, sama ada membawa masuk kedua-duanya atau salah seorang yang sering bergandingan dengannya dan yang paling terbaik dalam kalangan mereka, kata Bosnich.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : AGENSI via AYAM TV
Leave a Reply