Spurs pecah rekod kelab beli Ndombele

LONDON: Tottenham meleburkan rekod pembelian kelab dengan membawa masuk pemain tengah Perancis, Tanguy Ndombele dari Lyon dengan yuran perpindahan 70 juta euro (RM327.38 juta), semalam.

Lyon mengesahkan yuran awal perjanjian berkenaan bernilai 60 juta euro (RM280.62 juta) dengan 10 juta euro (RM46.77 juta) sebagai tambahan.

Rekod pembelian termahal Tottenham sebelum ini ialah £42 juta pound (RM219.15 juta) bagi mendapatkan pemain pertahanan Davinson Sanchez pada 2017.

“Kami gembira untuk mengumumkan pembelian Tanguy Ndombele,” kata Tottenham dalam satu kenyataan. “Pemain tengah Perancis ini sudah menandatangani kontrak bersama kelab sehingga 2025.”

Pengesahan mengenai ketibaan Ndombele hadir beberapa jam selepas Spurs membuat pembelian pertama dalam tempoh 18 bulan dengan membeli pemain sayap Leeds, Jack Clarke.

Pembelian Ndombele, pemain yang turut diburu pasukan-pasukan terbaik Eropah menunjukkan tekad Tottenham yang berpindah ke stadium baharu berkapasiti 62,000 tempat duduk musim lalu.

Bos Spurs Mauricio Pochettino sebelum ini mencabar pengurus kelab untuk menyaingi cita-cita tingginya selepas membimbing kelab itu mara ke final Liga Juara-Juara buat pertama kali musim lalu.

Ndombele, 22, menyinar di Lyon yang mara ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara musim lalu dan menamatkan saingan Ligue 1 di tangga ketiga.

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*