Percaturan Sterling tepat tinggalkan Liverpool

LONDON – Raheem Sterling mengakui keinginannya yang tinggi untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) telah mendorong dia meninggalkan Liverpool.

Bintang England itu meninggalkan Anfield untuk menyertai Manchester City dengan nilai 49 juta pound (RM256 juta) pada 2015 sekali gus menjadi pemain Inggeris termahal.

Sterling, 24, menolak tawaran lumayan daripada Liverpool bagi membolehkan dia berpindah ke Etihad meskipun dia terpaksa menerima krit1kan daripada penyokong The Reds.

Keputusan yang diambil Sterling itu nyata berbaloi apabila skuad The Citizens menjuarai trofi EPL dua kali berturut-turut.

“Apabila menyertai Liverpool, saya berkata jika saya tidak memenangi EPL pada usia 21 tahun saya perlu mencari pasuan lain dan itu yang saya lakukan.

“Saya mencari pasukan lain ketika masih muda dan saya berpindah ke City dan menangi trofi EPL pertama.

“Saya berasa gembira kerana apa yang dirancangkan menjadi,” katanya.  

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

1 Comment

  1. Sterling boleh pergi pasukan lain….tapi jangan sekali kali mencaci pasukan liverpool. Perangai dia yg membuat penyokong liverpool tak suka dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*