Rasmi: Frank Lampard Pengurus Baharu Chelsea

Setelah menyatakan persetujuan untuk kembali bersama pasukan, legenda hidup Chelsea, Frank Lampard akhirnya secara rasmi telah diumumkan selaku pengurus baharu buat Chelsea.

Hadir dengan reputasi sebagai antara pemain terhebat dalam sejarah kelab, kepulangan semula Lampard nyata membuatkan para peminat The Blues teruja dengan berita ini.

Lampard, 41 tahun, dilaporkan telah memeterai perjanjian selama tiga musim untuk berada di Stamford Bridge.

Chelsea pula dikatakan perlu membayar pampasan bernilai £4 juta berikutan kontrak Lampard masih berbaki dua musim bersama Derby County.

Mengulas mengenai detik bersejarah dalam karier beliau, Lampard nyata cukup berbangga dengan apa yang sedang dilaluinya pada ketika ini.

”Saya berbangga dapat kembali ke Chelsea sebagai ketua jurulatih (pengurus). Semua orang mengetahui bahawa sayang saya adalah untuk kelab ini dan sejarah yang dikongsikan.”

”Namun, tumpuan tunggal saya adalah terhadap tugas digalas dan bersedia untuk menghadapi musim mendatang. Saya berada disini untuk bekerja keras, membawa kejayaan yang lebih jauh buat kelab ini dan saya tidak sabar untuk memulakannya.”

Selepas 13 tahun ‘mengh4mbakan’ diri bersama kelab London itu sebagai pemain, Frank Lampard telah berjaya menjaringkan 211 jaringan dalam 649 penampilannya untuk menjadikan dirinya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Chelsea.

Beliau juga telah merangkul tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, satu trofi Liga Juara-Juara Eropah, satu Liga Europa, empat Piala FA dan dua mahkota Piala Liga.

Pada tahun 2005, Lampard memperoleh tempat kedua bagi merebut Ballon d’Or yang ketika itu dimenangi bintang Brazil, Ronaldinho.

Kerusi panas pengurus Chelsea itu kosong selepas pengendali terdahulu, Maurizio Sarri memilih untuk kembali ke Itali bagi membimbing gergasi Serie A, Juventus selepas hanya semusim berada di London.

Kredit foto:  Chelsea FC

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*