Safawi tarik minat pasukan Jepun dan Eropah – Alistair Edwards

Penyer4ng muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan, Safawi Rasid dikhabarkan menarik minat pasukan-pasukan besar dari Jepun, Korea serta eropah untuk mendapatkan khidmatnya.

Perkara itu diperkatakan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards semasa sesi temu bual bersama The Asian Games, baru-baru ini.

Melihatkan bola sepak Thailand yang menunjukkan peningkatan dan kemajuan, para pemain mereka mula mendapat perhatian pasukan-pasukan besar asia terutamanya dari Jepun.

Dan beberapa pemain Thailand yang berkelana ke J.League telah menunjukkan satu prestasi yang memberangsangkan serta menjadi pemain utama bersama pasukan masing-masing di sana.

Hos The Asian Games bertanyakan kepada Alistair Edwards tentang kebarangkalian pemain-pemain muda JDT, sebagai contoh Safawi Rasid dan Akhyar Rashid untuk berkelana ke luar negara seperti J.League sebagaimana pemain-pemain Thailand.

Alistair menjawab, “Safawi merupakan pemain berusia 22 tahun, mendapat beberapa tawaran daripada kelab-kelab besar dari Jepun dan Korea. Semasa perlawanan amal lalu, beberapa bekas pemain bintang juga bertanyakan tentangnya.

“Dan saya merasakan, Safawi boleh bermain di eropah. Florent Malouda ada berbincang dan menanyakan kepada kami, adakah kami mahu menjual Safawi? Dia ada bercerita tentang Switzerland, tentang Belgium.” 

“Tetapi ia bukanlah sesuatu yang kami mahu lakukan (jual) ketika ini, Safawi merupakan antara pemain terbaik kami dalam pasukan.” tambah Alistair Edward semasa sesi temu bual tersebut.

Musim ini menyaksikan Safawi Rasid menjadi pilihan utama pengurus pasukan, Luciano Figueroa bersama-sama Diogo Luis Santo dan Gonzalo Cabrera sebagai trio penggempur utama skuad Harimau Selatan. Safawi juga merupakan penjaring terbanyak Liga Super Malaysia 2019 dalam kalangan pemain tempatan dengan rekod tujuh gol setakat ini.

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*