Yaya Toure sah milik kelab China

SHANGHAI – Bekas pemain Barcelona dan Manchester City Yaya Toure sah menandatangani kontrak dengan kelab China, Qingdao Huanghai, umum kelab tersebut.

Pemain berpengalaman itu tidak menyertai sebarang pasukan sejak meninggalkan Olympiacos, Disember lalu sehingga ejennya mend4kwa dia telah bersara namun Toure menafikan perkara tersebut.

Bekas pemain tengah Ivory Coast itu akan membantu Qingdao Huanghai ke Liga Super China (CSL) musim depan dengan kelab barunya itu sedang mendahului carta liga divisyen dua selepas 15 perlawanan.

“Sejak permulaan karier, saya sentiasa sukakan cabaran baru dan kini, saya memilih untuk mengambil cabaran baru ini untuk mencipta sejarah dengan Qingdao Huanghai.

“Ini merupakan kelab muda yang amat menarik dengan potensi yang besar dan kami berkongsi falsafah yang sama iaitu untuk bermain bola sepak yang indah.

“Saya amat berbesar hati untuk berkembang dan berjaya dengan pasukan ini. Saya percaya pengalaman saya dalam bola sepak akan menawarkan sesuatu yang baru untuk kelab yang sedang meningkat naik ini.

“Kami mampu mencipta sejarah yang hebat. Saya tidak sabar untuk melihat bola sepak dan melakukan magis sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Toure, yang pernah menyertai Monaco dan Barcelona, merupakan antara legenda bola sepak era moden dengan pemain berusia 36 tahun itu pernah merangkul empat Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Afrika. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*