Jangan perso@lkan saya

Penyer@ng import Kuala Lumpur, Guilherme de Paula, menegaskan faktor usia bukan halangan buatnya untuk memberi sumbangan besar kepada skuad Harim@u Malaya sebagai pemain naturalisasi negara.

De Paula semakin hampir menyarung jersi skuad Harimau Malaya selain seorang lagi pemain, Liridon Krasniqi.

Ia susulan nama kedua-dua pemain itu sudah dihantar ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi meneruskan proses dokumentasi untuk mereka dinaturalisasikan.

Namun, usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapat reaksi kurang senang sesetengah peminat yang berasakan De Paula tidak sesuai untuk mewakili negara atas faktor usia.

De Paula ketika ditemui menyangkal tanggapan berkenaan.

“Usia bukan penghalang, saya akan terus berada dalam tahap kecergasan terbaik bagi menampilkan permainan yang mantap,” kata De Paula.

Proses untuk menaturalisasikan penyer@ng kelahiran Brazil itu bagaimanapun sedikit rumit kerana beliau pernah meninggalkan Malaysia selama enam bulan pada 2016.

Terdapat klausa dalam peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), seseorang pemain perlu menetap di sesebuah negara secara berterusan sekurang-kurangnya lima tahun selepas berusia 18 tahun untuk mendapat status naturalisasi.

“Saya sangat gembira dan cintakan negara ini. Saya sudah berada di negara ini selama lima tahun dan mahu kekal dalam tempoh yang panjang.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*