Messi enggan naik pentas terima medal tempat ke-3 Copa America 2019

Lionel Messi enggan naik ke pentas bersama skuad Argentina yang lain untuk menerima medal tempat ketiga Copa America 2019, sebelum menemp3lak CONMEBOL mengamalkan rasvah selepas menerima kad merah dalam perlawanan menent4ng Chile pada awal pagi tadi.

Bintang Barcelona itu menghasilkan bantuan gol untuk jaringan Sergio Aguero pada minit ke-12 perlawanan.

Pada ketika kedudukan 2-0 memihak kepada Argentina, insiden tolak menolak membabitkan pemain tengah Chile, Gary Medel menyebabkan pengadil melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain pada minit ke-37 perlawanan.

Medel jelas agres1f terhadap Messi dalam perlawanan tersebut. Namun tindakan pengadil perlawanan, Mario Diaz de Vivar melayangkan kad merah kepada Messi membuatkan pemain-pemain Argentina yang lain menyerbu pengadil untuk mempersoalkan keputusan.

“Tiada keraguan segala-galanya telah diatur untuk Brazil. Saya berharap VAR dan pengadil tidak memainkan peranan sama dan Peru dibenarkan bertanding secara adil. Tetapi ini kelihatan sukar,” ujar beliau kepada wartawan selepas perlawanan.

Mengulas keengganan beliau menerima medal, ini penjelasan Messi:

“Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada skandal rasvah ini. Kami sepatutnya tidak menjadi sebahagian daripada pengh1naan yang kami terima sepanjang Copa America ini.

“Saya sentiasa memberithu apa yang benar dan jujur. Kerana itulah saya boleh kekal tenang. Jika apa yang saya katakan ini mempunyai akibat lain, ia bukan urusan saya.

“Saya berpendapat apa yang berlaku dalam perlawanan ini adalah kerana apa yang saya katakan mengenai Brazil [selepas perlawanan separuh akhir].

“Apa yang saya katakan sebelum ini mungkin akan kembali menghantui saya,” ujar beliau.

Sebelum ini Messi lantang mengkr1tik pengadil yang dikatakan berat sebelah kepada Brazil, selepas Argentina tewas 2-0 di separuh akhir kepada pasukan tuan rumah.

“Mereka [Brazil] bukan pasukan yang lebih bagus dari kami. Mereka memperolehi gol awal, dan gol kedua adalah berpunca dari sepakan penalti [untuk Aguero] yang tidak diberikan,” ujar Messi kepada wartawan.

“Pegawai perlawanan juga memberikan layangan kad mengarut [bullsh*t] yang banyak, tetapi mereka langsung tidak melakukan semakan menggunakan VAR. Itu sangat menghairankan.

“Perkara itu berlaku sepanjang perlawanan. Setiap kali berlaku ‘contact’, mereka [pengadil] akan memberi kelebihan kepada Brazil dan semua ini mengganggu tumpuan kami dalam perlawanan,” ujar beliau sebelum ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuayaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*