‘Misi 0 jadi 1’ Perak gagal, JDT catat kemenangan 3-0

Juara Liga Super Malaysia 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) bertandang ke Ipoh untuk menent4ng pasukan Perak bagi aksi ke-19 liga.

Hasrat Perak untuk menoktahkan kekebalan JDT yang tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam saingan liga pada musim ini, gagal sama sekali. Dua jaringan oleh Leandro Velazquez dan satu jaringan oleh Akhyar Rashid telah memberikan JDT kemenangan mutlak 3-0 ke atas The Bos Gaurus di Stadium Perak dan melebarkan rekod tanpa kalah liga kepada 19 perlawanan.

Berikut adalah lima perkara yang kami dapati daripada perlawanan ini:

#1 Menang liga tanpa kalah bukan omongan kosong

Luciano Figueroa membuat sedikit perubahan dalam kesebelasan utama JDT. Nazmi Faiz diletakkan di bahagian penyer4ng kiri, di mana pada kebiasaannya diisi oleh Gonzalo Cabrera. Cabrera digantung pada perlawanan malam ini. Manakala, Azrif Nasrulhaq dipilih untuk mengisi posisi bek kanan. Lain-lain pemain adalah pemain yang menjadi kebiasaan dalam kesebelasan utama JDT sepanjang musim ini.

Dapat dirumuskan, berdasarkan kebelasan utama yang ditampilkan JDT pada malam ini, cita-cita pasukan bimbingan Lucho untuk merekodkan kemenangan liga tanpa kalah pada musim bukanlah satu omongan kosong daripada mereka. Dari segi persembahan, mentaliti bermain untuk memburu kemenangan jelas ditonjolkan di atas padang. Bukan itu sahaja, JDT juga memastikan mereka mencipta kemenangan tanpa bolos!

 

#2 Peluang emas tidak disia-siakan Harimau Selatan!

45 minit pertama, boleh dikatakan, Perak lebih bertenaga, memiliki ‘urgency’ yang lebih baik serta lebih bernafsv untuk melakukan ser4ngan ke arah gawang JDT yang dikawal oleh Farizal Marlias. Malah, Perak juga cukup berdisiplin memberikan tekanan kepada pemain-pemain JDT apabila mereka memegang bola. Selain itu, Perak juga bertindak memadatkan kawasan mereka sendiri.

Keadaan begini memberikan kesukaran kepada JDT untuk merencanakan ser4ngan, terutamanya pada babak pertama. Ada ketikanya, mereka ‘lemas’ dengan asakan dan tekanan yang diberikan oleh pemain-pemain Perak. Namun, JDT berada dalam kelasnya yang tersendiri. Dengan memiliki pemain-pemain yang berkualti, sedikit sahaja kelekaan atau kes1lapan oleh pasukan lawan pantas diambil JDT untuk menghasilkan jaringan.

Inilah yang kita saksikan ketika Perak membuat percubaan untuk melakukan perangkap ofsaid namun tidak menjadi. Situasi itu pantas diambil oleh Leandro Velazquez yang menerima bola lambungan oleh Safawi Rasid dan melakukan larian ke arah gawang Perak sebelum melakukann tend4ngan yang cukup bijak menewaskan Hafizul Hakim untuk gol pendahuluan JDT. 

 

#3 Mana golnya Yeop?


Foto: JST

Mehmet Durakovic menurunkan kesebelasan yang sama ketika menewaskan Pahang dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA, tempoh hari. Satu sahaja yang berbeza iaitu kembalinya penggempur utama mereka, Ronaldo Henrique Silva. 

Bermain di halaman sendiri, Perak dilihat lebih agres1f dan lebih bertenaga. Sejak dari awal permainan lagi, Perak melakukan ser4ngan dan mempunyai lebih banyak peluang untuk mencipta jaringan. Hal ini turut dibantu oleh duo midfield yang bekerja cukup keras di atas padang, iaitu Brendan Gan dan Leandro dos Santos. Sayangnya, The Bos Gaurus gagal menghasilkan produk akhir iaitu jaringan gol. Apa yang kami perhatikan, Perak tumpul, kurang kreatif di samping Farizal Marlias cemerlang di hadapan gawang.

 

#4 Kombinasi Leandro, Akhyar & Safawi musnahkan hasrat Perak

Sebelum perlawanan di antara Perak dan JDT berlangsung, pasukan The Bos Gaurus berhasrat untuk memusnahkan impian juara Liga Super Malaysia musim ini, JDT untuk merekodkan kemenangan liga tanpa kalah. Namun, itu bukanlah perkara yang mudah walaupun JDT bermain di gelanggang lawan. Dua jaringan oleh Leandro Velazquez hasil daripada dua ‘assist’ oleh Safawi Rasid cukup untuk menyentak hasrat mereka. Perak cuba untuk terus positif sepanjang perlawanan, terus memburu gol untuk merapatkan jurang dan juga mahu mencur1 sekurang-kurangnya satu mata. Akan tetapi, disiplin pemain JDT ketika bertahan menyukarkan Perak untuk mendapatkan gol. Minit-minit akhir permainan, pemain gantian, Akhyar Rashid menambah lvka buat Perak apabila beliau menjaringkan gol ketiga buat JDT seterusnya memastikan rekod tanpa kalah JDT dilebarkan kepada 19 perlawanan.

 

#5 Perak turun ke tangga ke-6 liga

Kekalahan 3-0 di tangan JDT dan dalam satu perlawanan lain, Melaka berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas PJ City FC. Ini menyebabkan Melaka melonjak ke tangga ke-4 Liga Super Malaysia dan menolok Perak jatuh ke tangga ke-6. Perlawanan berbaki sebanyak 3 perlawanan sahaja lagi. Andai kata mereka ingin memperbaiki kedudukan dalam Liga Super, mereka perlu mencatatkan kemenangan ke atas Selangor, Kedah dan Kuala Lumpur.

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*