Hafizh Syahrin Atasi Miguel Oliveira Dan Johann Zarco Di Sachsenring

Pelumba KTM Tech3, Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya berjaya menunjukkan peningkatan dalam persembahannya musim ini selepas berjaya mengatasi dua lagi pelumba KTM, Johann Zarco (Red Bull KTM Factory) dan Miguel Oliveira (KTM Tech3) dalam pusingan kelayakan Grand Prix Jerman pada Sabtu. 

Hafizh yang beraksi dalam sesi kelayakan Q1 berjaya mencatatkan masa sepusingan 1 minit 21.465 saat untuk berada di kedudukan ke lapan keseluruhan. Catatan masa tersebut juga turut menyaksikan pelumba dari Malaysia itu bakal memulakan perlumbaan di Sachsenring pada Ahad di kedudukan ke 18 di petak permulaan. 

Walaupun masih berada agak jauh di belakang, keputusan tersebut sudah pastinya menggembirakan buat pelumba dari Malaysia itu selepas berjaya menjadi pelumba kedua terpantas yang menggunakan jentera KTM selepas Pol Espargaro dalam sesi kali ini. 

Hafizh dalam satu kenyataan selepas berakhirnya sesi kelayakan pada Sabtu turut tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya walaupun mengalami kemal4ngan dalam sesi latihan bebas FP4 sebelum itu. 

“Saya terpaksa menggunakan jentera kedua selepas mengalami kemal4ngan dalam sesi FP4 kerana mereka tidak dapat memperbaiki jentera utama kerana masa yang tidak mencukupi. 

“Jadi saya terpaksa menggunakan jentera kedua yang mana mempunyai enjin yang membenarkan saya untuk pergi lebih jauh (lebih kilometer). 

“Saya hanya cuba melakukan yang terbaik dan agak terkejut dengan kelajuan yang dimiliki. 

Hafizh bagaimanapun menjangkakan untuk menggunakan jentera utamanya dalam sesi ‘Warm Up’ pada Ahad dan turut berharap untuk mendapat rentak yang sama dengan jentera tersebut pada esok. 

Untuk rekod, dalam perlumbaan di Sachsenring bersama Monster Yamaha Tech 3 pada musim lalu di litar yang sama, Hafizh turut bermula di kedudukan ke 18 dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan kutipan lima mata selepas melintasi garisan penamat di kedudukan ke 11. 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*