Jurgen Klopp nak tinggalkan Liverpool, mahu latih pasukan Jerman?

Buat masa ini, Liverpool mempunyai tempoh yang cukup menggembirakan.

Mana tidaknya, mereka kini dibimbing oleh salah seorang pengurus berkaliber di dunia iaitu Jurgen Klopp.

Kejayaan Klopp menghadiahkan UEFA Champions League kepada Liverpool cukup bermakna, nama beliau kini sudah terletak pada lipatan sejarah kelab itu.

Tetapi, apa yang ada selepas ini untuk beliau?

Menurut laporan Empire of the Kop, Klopp memasang impian untuk melatih satu lagi pasukan jika masa beliau dengan Liverpool sudah berakhir.

Menerusi ejennya, Klopp mengatakan beliau ingin melengkapkan karier pengurusan bola sepaknya dengan melatih pasukan kebangsaan Jerman di masa akan datang.

Katanya, seandainya Joachim Low memilih untuk tidak lagi mengendalikan pasukan Jerman maka Klopp begitu sudi untuk mengambil alih tempat itu.

Namun begitu, ianya hanyalah satu perancangan masa depan dari beliau.

Buat masa ini, Klopp dikatakan begitu gembira di Anfield dan kegembiraan itu turut dikongsi oleh pihak atasan Liverpool.

Pihak atasan Liverpool dikatakan mahu berikan kontrak lanjutan kepada Klopp untuk memastikan pengurus itu terus kekal di England.

Lanjutan kontrak itu menawarkan kontrak 5 tahun kepada Klopp sambil pengurus itu akan dibayar dengan gaji €10 juta semusim.

Malah, Klopp turut ditawarkan dengan instentif tambahan berdasarkan prestasi beliau bersama-sama pasukan.

Sebelum ini, Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) dikaitkan dengan usaha mendapatkan pengurus itu dari Liverpool.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBolaM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*