Kedah khususkan 10,000 keping tiket untuk VIP

Menjelang aksi final Piala FA 2019, isu tiket kembali menjadi topik bualan hangat terutamanya bagi pasukan yang layak ke pentas akhir. Kali ini, pentas akhir saingan liga kalah mat1 ini menemukan dua pasukan dari utara semenanjung tanah air, Kedah dan Perak.

Pada awal Julai lalu, pihak Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan setiap pasukan akan mendapat 30,000 keping tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak untuk dijual oleh persatuan masing-masing.

Bagi memastikan kelancaran dan penambahbaikan proses penjualan tiket  final Piala FA 2019, sekitar jam 3 petang tadi, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah bermesyuarat dan membuat keputusan untuk menjual sebanyak 20,000 keping tiket di kaunter Stadium Darul Aman.

Manakala baki 10,000 keping tiket lagi akan diperuntukkan penjualannya kepada golongan kenamaan (VIP) yang terdiri daripada pembesar negeri, penaja-penaja, ahli eksekutif, ahli gabungan dan pasukan-pasukan.

Harga yang ditetapkan adalah RM50 bagi tiket dewasa dan RM5 untuk tiket kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Tiket akan dijual pada hari selasa, 23 julai, bermula jam 10.30 pagi sehingga tiket habis dijual. KFA turut menetapkan setiap individu dibenarkan membeli 3 keping tiket sahaja bagi setiap pembelian. Untuk memastikan kelancaran proses penjualan tiket, KFA akan mengambil langkah memaksimumkan kaunter penjualan tiket.

Selain itu, KFA turut membuka tempahan tiket bagi bas/van penyokong bermula hari selasa ini, 9 Julai sehingga 14 Julai. Tempahan mestilah disertakan bersama surat permohonan, permit bas/van yang sah, resit pembayaran bas/van, lesen pemandu dan salinan MyKad pemohon.

Mesyuarat tersebut disertai oleh pihak pengurusan KFA, Jawatankuasa Integriti KFA, Jawatankuasa Tiket & Pintu Masuk KFA. Turut sama hadir ke mesyuarat tersebut adalah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kehormat KFA, YB Asmirul Anuar Aris.

Foto: Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah –

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*