Perancangan seterusnya, Pusat Perubatan JDT (Bahagian 3)

Sejak DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mengambil alih pasukan Johor Darul Ta’zim, pelbagai perkara telah dinaiktaraf, ditingkatkan serta dibina. Bermula daripada padang, bilik persalinan, pusat latihan sehingga kepada pembinaan stadium bola sepak baharu, segala-galanya telah dilakukan oleh Tunku Ismail yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Namun, apabila ditanyakan kepada baginda, apakah perancangan seterusnya buat skuad Harimau Selatan ini, TMJ mendedahkan, mereka sedang berusaha untuk membina sebuah pusat perubatan khusus untuk meningkatkan proses penyembuhan dan pemulihan pemain-pemain mereka.

“Saya sedang menantikan hab perubatan di mana kita ada kerjasama dengan doktor-doktor daripada Manchester City.

“Contohnya, baru-baru ini, kami telah membelanjakan sekitar USD200 hingga USD300 terhadap sonar berteknologi terkini dan juga ‘chamber’ di mana pemain-pemain boleh menggunakannya untuk menjalani pemulihan yang lebih cepat daripada pemain-pemain di pasukan lain.

“Itulah keutamaannya buat masa sekarang” titahnya semasa temubual bersama pengulas Liga Super, Keeshaanan Sundaresan.

Perkara ini juga ada dimaklumkan oleh laman sosial JOHOR Southern Tigers, pada awal bulan Jun lalu. Menurut makluman tersebut, perancangan pembinaan Pusat Perubatan JDT itu mendapat khidmat nasihat daripada pakar perubatan Manchester City, Juan Manuel Boffa.

Turut mendapat manfaat daripada kunjungan Juan Boffa ke Johor Bahru pada awal Jun lalu adalah ahli fisioterapi pasukan JDT. Mereka menerima taklimat secara langsung daripada pakar perubatan pasukan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. 

Di kesempatan yang sama, penyer4ng JDT iaitu Syafiq Ahmad dan Darren Lok (JDT II) turut diperiksa oleh Boffa dan dijadikan kajian kes bersama-sama ahli fisoterapi pasukan JDT dalam berkongsi prosedur pemulihan bagi kedua-dua pemain tersebut.


Kecedera4n Syafiq Ahmad sedang dinilai oleh Juan Boffa. Foto: JST


Juan Boffa dan Darren Lok. Foto: JST

Seperti kita sedia maklum, keceder4an dan bola sepak tidak dapat dipisahkan namun dengan adanya fasiliti dan kepakaran sebegini, JDT dapat memastikan mana-mana pemainnya yang ditimpa kecedera4n dapat menjalani proses pemulihan dengan lebih pantas.

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*