Impian raja pecut negara tidak kesampaian

PENAMPILAN semula raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan ke trek yang dinanti-nantikan bagi memberikan impak positif tidak kesampaian apabila penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu gagal mara ke separuh akhir Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Napoli, Itali.

Dalam pusingan pertama 100 meter lelaki pada petang Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia), pelari berusia 20 tahun dari Melaka itu hanya mampu mencatatkan masa 10.70 saat (s), jauh daripada catatan masa terbaik dan rekod kebangsaannya 10.18s untuk menamatkan saingan di tempat keempat pada saringan kedua.

Khairul Hafiz yang bertanding buat kali pertama selepas berehat tujuh bulan kerana mendapatkan rawatan dan pembentukan fizikal dari Institut Sukan Negara (ISN), menyasarkan untuk mencatat masa bawah 10.40s oleh jurulatihnya Mohd Poad Md Kassim dalam usaha mempertahankan pingat emas Sukan SEA menduduki tempat ke-33 daripada keseluruhan 53 pelari pecut.

Sementara itu, rakan senegara Jonathan Nyepa berjaya mara ke separuh akhir selepas mencatatkan 10.47s untuk menduduki tempat keempat dalam saringan pertama.

Separuh akhir 100 meter lelaki akan berlangsung pada petang Selasa waktu tempatan.

Terdahulu, dalam acara 400 meter lelaki, Cheah Yau Chung dan Kwong Kar Jun juga gagal mara ke pusingan seterusnya apabila masing-masing hanya mampu mencatatkan masa 48.37s dan 48.89s.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SukanSinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*