PSG sedia lepaskan Neymar tetapi ada syaratnya

PARIS – Pengarah Paris Saint-Germain (PSG) Leonardo menegaskan, kelab itu bersedia melepaskan Neymar jika menerima tawaran yang berpatutan tetapi Barcelona masih belum melakukan bidaan.

PSG menegaskan kelab itu akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas bintang Brazil itu selepas gagal melapor diri ke sesi latihan semalam.

Bapa serta ejen Neymar berkata kepada Fox Sports bahawa kelab berkenaan sudah mengetahui pemain itu tidak akan kembali ke Paris untuk tempoh seminggu lagi.

Kenyataan Leonardo itu, menguatkan lagi spekvlasi Neymar untuk keluar dari Parc des Princes.

“Neymar boleh tinggalkan PSG jika terdapat tawaran yang bersesuaian dengan semua pihak tetapi sehingga hari ini, kami tidak pasti jika ada mana-mana pasukan akan mahu membelinya.

“PSG mahu bergantung kepada pemain-pemain yang mahu kekal bersama pasukan untuk membina sesuatu yang lebih besar. Kami tidak memerlukan pemain yang memiliki agenda tersendiri,” katanya.

Leonardo mengesahkan Neymar mahu meninggalkan PSG tetapi menafikan kelab itu perlu melakukan lebih lagi untuk memastikan penyer4ng itu gembira di Paris.

“Perkara ini bukan sahaja berlaku di PSG. Ia turut dihadapi oleh kelab-kelab lain (seperti Pogba mahu tinggalkan Manchester United).

“Pemain-pemain mahu meninggalkan kelab, ia turut berlaku di PSG. Ia adalah perkara biasa,” jelasnya.

Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, sebelum ini mend4kwa mereka belum berbincang untuk membawa pulang Neymar ke Nou Camp.

Leonardo turut mengesahkan perbincangan di antara kedua-dua kelab itu telah dilakukan tetapi juara LaLiga itu tidak serius untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.

Neymar berada di Rio de Janeiro, Ahad lalu, untuk menyaksikan Brazil menjuarai Copa America dengan menewaskan Peru 3-1 dalam final, dengan penyer4ng itu diketepikan daripada skuad kebangsaan ekoran keceder4an buku lali. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*