De Ligt tidak sertai PSG

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) berminat untuk menandatangani Matthijs de Ligt dari Ajax namun tidak akan membeli pertahanan itu, kata pengarah sukan, Leonardo.

Persembahan De Ligt dalam membantu Ajax menjuarai dua gelaran domestik dan melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menarik perhatian gergasi Eropah tersebut.

Bagaimanapun Juventus kelihatan sudah mendapatkan khidmat pertahanan itu selepas ejen De Ligt, Mino Raiola, berkata persetujuan telah dicapai dengan juara Serie A itu.

Perbincangan mengenai yuran perpindahan masih lagi dilakukan di antara Juven dan Ajax, De Ligt kelihatan hadir untuk sesi latihan pra-musim bersama gergasi Belanda itu semalam.

“De Ligt tidak akan datang ke PSG. Dia seorang pemain berkualiti tetapi kelab tidak akan berbelanja besar untuk pemain itu. Kami perlu bertenang seketika,” katanya.

Dalam pada itu, pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly, telah dikaitkan sebagai pilihan kedua jika PSG gagal mendapatkan De Ligt tetapi Leonardo menegaskan pemain kebangsaan Senegal itu turut memiliki tanda harga yang tinggi.

Leonardo turut mendedahkan kelab telah menawarkan untuk memastikan Adrien Rabiot kekal di Paris tetapi pemain tengah itu mengambil keputusan untuk menyertai Juve sebagai ejen bebas bersama Aaron Ramsey.

PSG telah menandatangani Ander Herrera dan Pablo Sarabia menjelang musim baru tetapi penjaga gol, Gianluigi Buffon telah membuat keputusan kembali bersama Juve.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*