“Saya rasa tidak percaya beliau berkata begitu” – Thiago Silva balas kenyataan Messi

Thiago Silva kecewa dengan kenyataan emosi Lionel Messi yang menudvh Brazil menang kerana k0rupsi. Menggambarkan seolah-olah Brazil telah merampas piala ‘milik’ Argentina.

Sebelum aksi Brazil dan Argentina, Thiago Silva menghamburkan kata-kata pujian kepada Lionel Messi. Beliau menganggap Messi pemain terbaik dalam sejarah.

“Messi yang terbaik dalam sejarah. Saya tidak sempat melihat aksi Pele, Zico, Maradona. Saya sempat melihat Ronaldinho, Ronaldo, Adriano dan saya pernah bermain dengan Seerdof.”

“Saya boleh katakan tiada seorang sama dengan Messi. Beliau mampu menjadi perbezaan di dalam perlawanan.”

Brazil menewaskan Argentina dalam perlawanan separuh akhir Copa America 2019. Messi menganggap pengadil sebagai “bulls***. Messi kemudian menganggap pasukannya menjadi m4ngsa kepada k0rupsi.

Messi berpendapat, semua pegawai telah membantu Brazil untuk menjuarai Copa America kali ini. Messi kemudian memb0ikot upacara penyerahan pingat gangsa kejohanan. Dengan alasan beliau tidak mahu bersekongkol dengan penganjuran yang k0rup.

Messi turut menuduh pengadil memberikan kad merah kepada beliau dalam aksi menentang Chile kerana beng4ng dengan kr1tikan beliau selepas aksi separuh akhir.

CONMEBOL tampil dengan kenyataan balas. Mereka menyatakan kekecewaan kepada Messi di atas kenyataan tidak berasas yang dilemparkan.

CONMEBOL menganggap tindakan Messi seakan-akan tidak dapat menerima kekalahan dengan penuh rasa hormat – terutama sekali kepada para pemain lawan yang turut berjuang untuk menang.

Brazil menjuarai Copa America 2019. Tamat perlawanan Thiago Silva memberitahu wartawan beliau ada mendengar komen panas Lionel Messi. Dan Silva amat kecewa dengan kenyataan itu – sambil menyifatkan Messi sebagai hip0krit.

Menurut Silva, Messi seharusnya ingat kembali ketika pengadil memihak kepada Barcelona dalam kemenangan 6-1 Barca ke atas PSG 2 tahun lalu di UCL. Perlawanan yang dianggap sebagai salah satu kebangkitan luar biasa dalam sejarah UCL.

“Ini situasi yang sukar untuk kami komen. Kadangkala ketika kalah, kita cuba menyasarkan orang lain.”

“Saya rasa tidak percaya beliau berkata begitu, tetapi kami sedih [dengan kenyataannya]. Ketika kami tewas 6-1 di tangan Barcelona dahulu, beliau [Messi] bermain dengan pengadil [mempengaruhi keputusan pengadil]. Pada pandangan saya, ianya tindakan tidak masuk akal.”

“Namun kami [pemain-pemain PSG] tidak mengeluarkan kenyataan bahawa pengadil memihak kepada Barcelona. Kerana saya rasa, kamu harus menunjukkan rasa hormat [kepada lawan].”

“Tiada satu pun daripada 5 bintang pada jersi Brazil [merujuk kejuaraan Piala Dunia] adalah hasil daripada mencur1. Ianya hasil daripada perjuangan di atas padang.”

“Messi ini seorang yang sangat baik. Mal4ngnya kenyataan beliau kali ini membuatkan kami pemain-pemain Brazil tidak sukakan kenyataan itu.”

“Kami tewas dalam Piala Dunia di tangan Belgium, dan kami kalah kerana beberapa kesilapan pengadilan – yang memihak pasukan beliau [Messi] – ketika tewas di tangan Barcelona. Dan saya tidak ada mendengar rakan-rakan saya bercakap tentang k0rupsi ketika itu.

“Messi ada kuasa untuk bercakap, namun itu tidak bermaksud saya sentiasa setuju dengan beliau. Saya sangat hormat kepada Messi – bukan sahaja sebagai pemain tetapi sebagai manusia. Beliau seorang yang sangat fokus dalam kerjanya.”

“Namun kami boleh untuk memilih tidak bersetuju dengan beliau.”

“Saya suka kerana kami semua harus memperbaiki bola sepak Amerika Selatan. Namun tidak semestinya ada k0rupsi dalam penganjuran dan kami [pasukan Brazil] adalah k0rup.”

“Semakin hari semakin banyak informasi dari Eropah, di mana anak-anak dan cucu kita lebih banyak tahu tentang pemain-pemain Eropah. Dan mereka mahu mengikut jejak langkah mereka dalam semua perkara.”

“Eropah ada kelebihannya tersendiri, dan di Amerika Selatan pun begitu. Saya memilih untuk berjuang demi bola sepak Amerika Selatan.”

“Jika kami mahu bercakap soal k0rupsi, kamu perlu kemukakan bukti yang meyakinkan. Bola sepak ini adalah permainan dan sesiapa sahaja boleh melakukan kesalahan.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*