Neymar Tidak Hadir Hari Pertama Latihan Pra-Musim, PSG Mahu Ambik Tindakan

PSG mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan ketidakhadiran Neymar ke latihan pra musim – untuk hari pertama.

PSG menetapkan bahawa semua pemain harus melapor diri ke kem pra musim pada 8 Julai 2019 – kecuali pemain yang terlibat dengan tugasan antarabangsa.

Beberapa pemain bintang PSG kembali seperti biasa untuk memulakan pemeriksaan rapi selepas bercuti panjang.

Mal4ng sekali, Neymar tidak berbuat demikian. Perkara itu dipandang serius oleh PSG yang terus menghebahkan kepada umum akan masalah itu.

PSG dalam kenyataan mereka: “Pada Isnin 8 Julai, Neymar da Silva Santos Junior sepatutnya meneruskan aktiviti dengan rakan profesinal beliau di PSG.”

“Namun Paris Saint-Germain mendapati Neymar Jr. tidak menghadirkan dirinya mengikut tempat dan masa yang telah dipersetujui, dan ketidakhadiran ini tanpa kuasa/kebenaran yang diberikan oleh kelab.”

“Paris Saint-Germain akan cuba menyelesaikan mas4lah ini serta mengambil tindakan yang setimpal dengannya.”

Neymar beberapa minggu lalu menyatakan beliau sudah tiada hati untuk bermain dengan PSG dan mahu kembali ke ‘rumahnya’ – merujuk kepada Barcelona.

Neymar kecewa dengan kenyataan panas oleh Presiden Kelab – Nasser Al Khelaifi yang tidak mahu ada pemain diva di dalam kelab – sindiran terus kepada Neymar.

Nasser kemudian mejelaskan: “Tiada siapa yang menyuruh ataupun memaksa Neymar datang ke sini. Beliau datang ke sini kerana mahu menjadi sebahagian daripada projek kami, dan kerana beliau faham apa peranan beliau dalam projek kami.”

Nasser seterusnya memberikan jaminan 200% Kylian Mbappe akan kekal, dan beliau mencabar Neymar untuk datang bertemu dengan beliau jika ‘terlupa’ akan peranan beliau di dalam kelab.

Beberapa hari yang lalu, Presiden Barcelona, Josep Bartomeu juga mengakui mereka tahu Neymar mahu keluar dari PSG, namun mereka juga mendapat tahu bahawa PSG tidak mahu menjual pemain itu.

Neymar sepatutnya melapor diri dengan segera kerana tidak terlibat dalam tugasan antarabangsa Copa America – terutama sekali beliau perlu menjalani rehabilitasi kerana keceder4an.

Adakah Neymar akan buat hal sekali lagi? Seperti mana ketika beliau mendesak Barcelona melepaskan beliau ke PSG satu ketika dahulu?

Fox Brazil menyatakan bahawa pemain itu sudah memaklumkan PSG bahawa beliau hanya akan kembali ke PSG selepas 15 Julai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*