Tielemans sertai Leicester

LONDON – Leicester mendapatkan khidmat Youri Tielemans secara kekal dari Monaco selepas pemain tersebut menunjukkan aksi memberangs4ngkan sepanjang tempoh pinjaman pada musim lalu.

Pemain Belgium itu menandantangani kontrak selama empat tahun dengan Leicester membayar 40 juta pound (RM207 juta).

Tielemans menjaringkan tiga gol mencipta empat gerakan gol dalam 13 perlawanan bersama Leicester selepas dipinjamkan selama enam bulan dari kelab Perancis pada Januari lalu.

“Satu perasaan yang cukup hebat apabila menandantangani perjanjian bersama kelab ini. Sejak saya tiba secara pinjaman pada musim lalu, semua pemain staf dan penyokong memberi sokongan yang menggalakkan dan itu membuatkan saya teruja untuk menjadi pemain Leicester.

“Saya percaya dengan bakat yang ada dalam skuad ini kami mampu mencapai sesuatu yang istimewa. Saya tidak sabar untuk bermula sekali lagi dengan kelab ini dan saya akan lakukan sedaya upaya untuk membantu rakan sepasukan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*