Dani Alves tetap pertahankan Neymar

LONDON – Pemain pertahanan Brazil, Dani Alves mempertahankan rakan sepasukannya Neymar biarpun bintang tersebut sedang teruk dilanda kr1tikan dan terdesak mahu keluar daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Neymar terlepas menyertai Copa America susulan keceder4an yang dialaminya sewaktu aksi persahabatan menentang Watar, namun Brazil mampu memperoleh kejayaan dalam kejohanan tersebut biarpun tanpanya.

Brazil yang juga tuan rumah pertandingan, berjaya menumbangkan musvh ketat Argentina di separuh akhir, dengan Alves mencur1 tumpuan apabila mempamerkan aksi menakjubkan sebelum menewaskan Peru di pentas akhir.

“Jika pasukan mempunyai Messi, semestinya Messi akan menjadi tumpuan, sama seperti Cristiano Ronaldo. Dan Neymar juga tiada beza, dia berada di tahap yang lain dan jika lebih banyak pasukan mendedikasikan kepadanya, dia akan membuktikannya di atas padang.

“Saya tidak fikir pemain sebegini akan mer0sakkan pasukan.

“Saya masih ingat semasa saya bermain bersama Messi, jika dia berada di sebelah saya, apa yang boleh saya buat? Cuba minta bola kepadanya? Saya tahu bagaimana pentingnya dia, dia perlu ada bola setiap masa. Dan Neymar adalah pemain seperti itu.

“Bagaimanapun bukan semua krit1kan perlu dilayan. Saya tidak bersetuju dengan banyak krit1kan yang lebih menyasarkan aktiviti luarnya dan bukan bola sepaknya, di mana dia sentiasa memberikan hasil terbaik ketika di atas padang,” kata Alves.-

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSAN ONLINE

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*