Laluan sukar menanti Malaysia

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka berdepan laluan sukar dalam acara berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia 2019 di Suzhou, China minggu depan selepas diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara 2017, Indonesia dan naib johan 2018, Jepun.

Juara bertahan, China selaku tuan rumah yang memburu gelaran kesembilan dalam acara berpasukan campuran selesa dalam Kumpulan D bersama dua pasukan kerdil iaitu Singapura dan Nepal.

Juara dua kali, Korea Selatan dijadualkan melangkah dengan mudah ke suku akhir selepas berada bersama India, Mongolia dan Macau dalam Kumpulan C manakala empat pasukan – Thailand, Taiwan, Hong Kong dan Sri Lanka akan bersaing dalam Kumpulan B.

Acara pasukan akan berlangsung dari 20 hingga 23 Julai, diikuti acara individu dalam lima kategori – perseorangan remaja lelaki dan perempuan, beregu remaja lelaki dan perempuan, dan beregu campuran dari 24 hingga 28 Julai.

Untuk rekod, Malaysia telah memenangi acara beregu campuran sebanyak dua kali iaitu pada 2007 dan 2009, selain tiga kali muncul naib – 2006, 2010 dan 2011. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : BERNAMA via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*