Mbappe bakal tinggalkan PSG?

LONDON – Pengarah sukan Paris Saint Germain (PSG), Leonardo mengakui dia tidak dapat berjanji kepada peminat untuk mengekalkan pemain utama, Kylian Mbappe pada musim depan.

Mbappe merupakan sasaran utama Real Madrid dan pemain berusia 20 tahun itu mend4kwa bahawa dia mempunyai projek baharu tidak lama lagi.

Leonardo percaya Mbappe gembira di Paris namun dia tidak boleh menghalang pemain itu untuk meninggalkan Parc des Princes.

“Saya tidak pernah berjanji untuk dua musim. Pertamanya sebab saya bukan individu yang bertanggungjawab untuk apa yang berlaku di kelab ini dan keduanya saya tidak mahu berjanji tanpa mengetahui perkara sebenar,” katanya.

Biarpun masih muda, Mbappe sudah meled4k 60 gol untuk PSG dalam dua musim. Dia turut memenangi Ligue 1 dua kali. –

 

Sumber: AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*