Belum ada tawaran lagi untuk pemain United – Gunnar Solskjaer

LONDON – Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan bahawa pasukannya masih belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana kelab untuk pemainnya termasuk Paul Pogba.

Pogba, 26, dijangka meninggalkan Old Trafford pada musim cuti ini dengan ejennya, Mino Raiola memberitahu, pemain tengah itu mahu berhijrah.

Pemain tengah Perancis itu dikaitkan dengan Real Madrid manakala Romelu Lukaku juga dilaporkan mahu meninggalkan United dengan Inter Milan berminat untuk mendapatkannya.

Dalam satu sidang akhbar di Perth, Solskjaer memberitahu, United masih belum menerima sebarang tawaran untuk pemain mereka.

“Banyak spekvlasi berhubung pemain kami. Bagi saya, urusan kami berjalan seperti biasa.

“Apabila awak berada di United, semua menjangkakan perkara besar akan berlaku pada musim panas dan ya, saya sudah bercakap dengan Paul dan Rom, Rashy (Marcus Rashford), Jesse (Lindgard) dan semua pemain.

“Apa yang saya tahu, sehingga hari ini tiada sebarang tawaran diberikan untuk mana-mana pemain…Paul, atau kebanyakan pemain kami memiliki kontrak jangka panjang. Kami di United tidak perlu menjual pemain,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*