Arsenal bakal terlepas khidmat Zaha

LONDON – Arsenal dilihat akan terlepas peluang untuk mendapatkan khidmat Wilfred Zaha kerana tidak memiliki dana yang mencukupi bagi untuk digunakan semasa jendela perpindahan musim panas ini.

Zaha merupakan watak penting buat skuad Crystal Palace musim lalu dengan meled4k 10 gol selain lima bantuan jaringan daripada 34 penampilan dan menjadi aset ser4ngan penting buat Roy Hodgson.

Dalam satu sesi temuramah bersama Sky Sport, abang Zaha, Judicael mengakui adiknya berminat untuk menyertai Arsenal pada musim panas ini.

“Wilfred sentiasa menghormati Crystal Palace dan penyokong kerana mereka memberi peluang kepadanya untuk beraksi bersama pasukan itu.

“Memang menjadi impian adik saya untuk beraksi bersama Arsenal kerana ia adalah kelab kegemarannya sejak dari zaman kanak-kanak dan saya berharap Crystal Palace akan menemui kata sepakat bagi merealisasikan impian adik saya untuk beraksi di kejohanan Eropah,” katanya.

Buat masa sekarang Crystal Palace sudah menolak tawaran awal bernilai 40 juta pound (RM206.50 juta) yang dikemukakan Arsenal untuk pemain sayap berusia 26 tahun itu.

Kelab itu juga menjelaskan bahawa mereka mahu tawaran sekitar 100 juta pound (RM516.25 juta) buat pemain itu dan mereka tidak berminat untuk mengambil pemain lain sebagai sebahagian daripada urusan jual beli itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*