Hafizh Syarin sah ‘berpisah’ dengan Red Bull KTM Tech 3

KUALA LUMPUR – Pelumba dari Afrika Selatan, Brad Binder sah menggantikan posisi Hafizh Syahrin Abdullah dalam pasukan Red Bull KTM Tech 3 dalam saingan MotoGP pada musim hadapan.

Ini bermakna khabar angin mengatakan pasukan itu tidak akan menyambung kontrak Hafizh tahun 2020 adalah benar apabila pasukan itu telah mengumumkan kontrak baharu dengan pelumba pasukan KTM Ajo dalam laman web rasmi pasukan, motogp.teamtech3.fr pada Rabu.

Spekulasi mengenai pasukan itu yang tidak akan mengikat kontrak dengan pelumba negara timbul apabila Hafizh masih tidak ditawarkan kontrak baharu oleh KTM berbanding rakan sepasukannya dari Portugal, Miguel Oliveira yang disahkan bakal menyertai grid kelas MotoGP bersama pasukan Tech3 bagi musim 2020.

Situasi tersebut berikutan prestasinya yang dilihat tidak konsisten pada musim ini berbanding penampilan pertama musim lepas ketika mengendali jentera Yamaha.

Selepas sembilan pusingan musim ini, pelumba berusia 25 tahun itu hanya mengutip tiga mata dengan meraih penamat ke-14 di GP Perancis, Mei lalu dan ke-15 di Litar Assen pada Jun.

Pertukaran jentera kepada KTM turut memainkan peranan kepada prestasi Hafizh musim ini menyaksikan dia dan pasukan masih dalam proses ‘mengenali’ jentera KTM RC16 selepas 20 tahun bersama Yamaha.

Sementara itu, Binder dalam laman Instragam beliau, @bradbinder_41, mengesahkan akan melangkah ke MotoGP pada 2020 selepas menandatangani perjanjian setahun dengan KTM untuk menyertai pasukan satelit Tech3 bersama-sama Miguel Oliveira.

“Saya sangat gembira untuk mengumumkan bahawa saya akan melangkah ke kelas MotoGP untuk musim 2020 bersama pasukan @redbullktmtech3. Terima kasih Red Bull KTM kerana mempercayai saya.

“Bukan hanya untuk tahun hadapan tetapi untuk tahun-tahun selama kita bersama. Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan dan saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang membantu karier saya sehingga ke tahap ini,” katanya. – Bernama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*