Lampard dinafikan kemenangan pada penampilan sulungnya

LONDON: Frank Lampard dinafikan kemenangan pada penampilan sulungnya selaku jurulatih Chelsea selepas Bohemians meled4k gol lewat untuk mengikat kedudukan 1-1 pada aksi persahabatan, semalam.

Lampard menyenaraikan dua skuad pada babak pertama dan kedua perlawanan di Dublin, Ireland itu dengan memberikan peluang terhadap deretan pemain muda membuktikan potensi mereka.

Pemain antarabangsa Belgium, Michy Batshuayi, yang menghabiskan tempoh selama 18 bulan sebagai pemain pinjaman di Borussia Dortmund, Valencia dan Crystal Palace mengambil peluang itu untuk membuktikan ketajamannya apabila membuka tirai jaringan.

Tetapi di minit-minit terakhir permainan, Eric Molloy menyumbat gol penyamaan untuk kelab yang beraksi di Liga Ireland itu.

Chelsea selepas ini dijadual bertemu St. Patrick di ibu negara Ireland itu, Sabtu ini sebelum memulakan siri jelajah ke Jepun untuk bertemu Kawasaki Frontale dan juara Sepanyol, Barcelona. 

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*