Maradona Jr. Tidak Benarkan James Rodriguez Sarung Jersi No.10

Diego Maradona Junior, anak kepada legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona berkata beliau gembira dengan perkhabaran James Rodriguez akan meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Napoli.

Namun demikian, beliau memberi amar4n agar pemain antarabangsa Colombia itu tidak memilih jersi No.10 yang pernah disarung oleh ayahnya bersama kelab Naples itu satu ketika dahulu.

“Saya selalu meninggalkan komen memberitahu [James] untuk menyertai Napoli di gambar-gambar [media sosial].” ujar Maradona Jr.

HARRISON, NJ – OCTOBER 16: James Rodríguez #10 of Colombia clears the ball in front of Costa Rica defense during their match at Red Bull Arena on October 16, 2018 in Harrison, New Jersey. (Photo by Jeff Zelevansky/Getty Images)

 

“Saya sentiasa berbuat demikian, dan pernah sekali itu beliau memberi reaksi ‘Like’ kepada komen saya.

”Ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan jika James [Rodriguez] menyertai Napoli. Pemain dengan kualiti beliau, dan kebolehan kaki kiri akan menjadikan pasukan [Napoli] lebih bagus. Bandar ini akan mengalu-alukan beliau dengan tangan terbuka, dan saya yakin James akan tampil cemerlang di sini.”

Colombia midfielder James Rodriguez celebrates after scoring the opening goal against Uruguay in the Round of 16

 

Maradona Jr. juga tahu perbincangan sedang rancak dilakukan membabitkan Real Madrid dan Napoli, dan kelab Serie A itu dikatakan mahu Rodriguez menyertai mereka secara pinjaman terlebih dahulu sebelum perpindahan itu dijadikan tetap.

“Dari apa yang saya tahu, perbincangan sekarang sedang rancak dilakukan. Cuma sekarang kedua-dua kelab sedang memilih formula terbaik untuk menjadikan ia satu kenyataan. Perkara-perkara lain telah diselesaikan,” ujar beliau kepada Marca.

Walaupun demikian, Maradona Jr. enggan Rodriguez menyarung jersi ikonik No.10 yang pernah disarungkan oleh bapanya.

Diego Maradona ketika baru menyertai Napoli.

 

Diego Maradona dianggap sebagai salah seorang legenda bola sepak dunia pernah beraksi untuk Napoli sekitar 1980an sehinga 1990an. Napoli memutuskan jersi No.10 untuk bersara sebagai penghargaan terhadap legenda dari Argentina itu.

“Jangan sesekali menyentuh jersi No.10. Ia adalah harta hak milik keluarga ini,” ujar Maradona Jr. sebagai am4ran kepada Rodriguez.

“Sebelum ini terdapat khabar angin Napoli akan memberikan jersi tersebut kepada Gonzalo Higuain, dan kemudian kepada Lorenzo Insigne, tetapi ia harus seperti di NBA. Jika anda memberikan persaraan kepada jersi-jersi tertentu, ia harus kekal sebegitu.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : SemuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*