Barcelona mahu lepaskan Coutinho kepada PSG

MADRID – Liverpool dilaporkan berminat untuk membawa pulang semula Philippe Coutinho ke Anfield tetapi Barcelona lebih berminat untuk melepaskan pemain tengah itu kepada Paris Saint-Germain (PSG).

Coutinho berhijrah ke Sepanyol pada Januari tahun lalu dengan nilai 142 juta pound (RM733.79 juta).

Bagaimanapun, perjalanan Coutinho di Camp Nou tidak seperti yang dijangka selepas hanya meledak lima jaringan La Liga dalam 33 penampilan bagi musim 2018-19.

Liverpool dan Manchester United merupakan destinasi terbaik untuk pemain itu tetapi Barcelona mahu melepaskan Coutinho kepada PSG bagi membolehkan mereka membawa pulang Neymar ke Camp Nou.

The Reds berminat untuk mendapatkan semula Coutinho pada harga yang lebih rendah berbanding 18 bulan lalu semasa penjualan kepada Barcelona.

Neymar dilihat begitu terdesak untuk meninggalkan ibu kota Perancis itu dan pada masa sama enggan menjalani latihan pra-musim dengan dia sedang mencari jalan untuk kembali ke Barcelona.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*