Pengadil Jepun adili final Piala FA

KUALA LUMPUR – Mutu pengadilan sering kali menjadi pert1kaian dalam kalangan peminat bola sepak, terutamanya ketika perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia sehingga mendorong Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggunakan khidmat pengadil dari Jepun untuk final Piala FA, musim in

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, tiga pengadil dari Jepun akan mengadili final Piala FA di antara Kedah menent4ng Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, 27 Julai ini.

“Kami menghantar permohonan kepada tiga negara iaitu Jepun, Thailand dan Australia, bagaimanapun, Thailand tidak dapat memberikan komitmen kerana pengadil mereka perlu menghadiri kursus VAR (video bantuan pengadil) dan liga domestik mereka masih berjalan.

“Jepun dan Australia sudah mengesahkan mereka boleh mengadili final tersebut, tetapi kami memilih Jepun kerana selepas membuat penelitian dari segi kelayakan, malah kami juga ada menjalinkan MoU (memorandum persefahaman) bersama Jepun, mereka paling bersesuaian.

“Secara tidak rasminya Jepun telah menyatakan persetujuan, cuma kami masih menunggu pengesahan secara rasmi. Pengadil dan dua penjaga garisan dari Jepun, satu lagi kita gunakan tenaga tempatan,” katanya kepada pemberita selepas Kongres Tahunan ke-55 FAM di sini, hari ini.

Tahun lalu, mutu pengadilan dalam final Piala Malaysia di antara Perak menent4ng Terengganu menjadi buah mulut selepas pengadil, Suresh Jayaraman membuat beberapa keputusan kontr0versi sehingga mengundang krit1kan daripada Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kesannya, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh melepaskan semua jawatannya dalam badan induk tersebut selepas mengambil kira pelbagai krit1kan yang diterima hingga membabitkan ahli keluarganya.

Ketika ditanya sama ada keputusan tersebut seakan-akan menyekat peluang pengadil tempatan untuk beraksi dalam perlawanan berprofil tinggi, Stuart menafikannya dan berkata langkah itu hanya percubaan pertama daripada badan induk tersebut.

“Kalau ada 600 perlawanan setahun dan hanya satu aksi menggunakan pengadil dari luar adakah itu bermakna kita terlepas pandang pembangunan pengadil? Ini hanya percubaan. Kalau tidak buatpun orang akan mar4h ‘FAM cubalah ambil pengadil dari luar’.

“Kita cuba dahulu. Mungkin kita selalu beranggapan pengadil luar lagi bagus. Mari kita tengok. Penggunaan pengadil luar bukan jalan penyelesaian kepada isu mutu pengadilan,” katanya lagi. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*