Liverpool tanpa Mane

LONDON – Liverpool menjangkakan mereka akan membuka tirai musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa khidmat Sadio Mane selepas dia membantu Senegal mara ke final Piala Negara-Negara Afrika.

Senegal menewaskan Tunisia 1-0 hasil jaringan sendiri Dylan Bronn dan akan bertemu Algeria di pentas final.

Aksi final kejohanan tersebut berlangsung tiga minggu sebelum Liverpool bertemu pendatang baharu EPL, Norwich dalam aksi pertama liga di Anfield pada 9 Ogos ini.

Bos The Reds, Jurgen Klopp memberi rehat tiga minggu kepada setiap pemainnya dan itu bermakna Mane tidak akan diturunkan dalam aksi menentang Norwich. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : AGENSI via UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*