Griezmann balas kenyataan Atletico

BARCELONA: Penyer4ng Perancis, Antoine Griezmann berkata semalam bahawa kemar4han Atletico Madrid terhadap perpindahannya ke pencabar La Liga, Barcelona sebagai “menyed1hkan.”

Barcelona mendedahkan Jumaat lalu mereka membayar klausa pelepasan pemain berusia 28 tahun itu sebanyak 120 juta euro (RM556 juta) bagi mendapatkan juara Piala Dunia itu dengan perjanjian lima tahun, lantas menyebabkan Atletico berang dengan mengatakan jumlah berkenaan “tidak mencukupi.”

“Berkaitan Atletico, ia menyedihkan. Saya berjumpa mereka dengan sebab jadi mereka tidak akan teperangkap dan boleh bersedia menghadapi masa depan,” kata pemain itu dalam sidang akhbar di Camp Nou.

“Kami mencapai persetujuan tetapi akhirnya ia berubah, ia seperti itu dan anda perlu menerimanya,” katanya mengenai dakwaan Atletico itu.

Sejurus selepas skuad Catalan itu mengumumkan mereka menandatangani pemain berkenaan, Atletico merungut Barcelona dan Griezmann sudah membincangkan perjanjian itu dan klausa pelepasan turun daripada 200 juta euro (RM927 juta) pada awal Julai.

“Atletico Madrid percaya bahawa penamatan kontrak berlaku sebelum penamat musim lalu,” kata kelab berkenaan sambil menambah Griezmann menyatakan dengan jelas apa dimahukannya.

Atletico sudah bersedia “memulakan prosedur diperlukan” untuk mempertahankan “hak mutlak mereka”, kata kenyataan itu. 

 

Sumber: AFP via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*