Shaw beri am4ran kepada City, Liverpool

LONDON – Luke Shaw memberi am4ran kepada Liverpool dan Manchester City bahawa mereka akan berdepan cabaran daripada Manchester United yang baharu.

United menamatkan saingan musim lalu di kedudukan keenam dengan perbezaan 32 mata dengan juara Liga Perdana Inggeris, City dan 31 mata dengan seteru tradisi mereka, Liverpool.

Jose Mourinho dipecat pada Disember lalu dengan United memilih Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti sementara sebelum memberikannya kontrak selama tiga tahun pada Mac, lalu.

Selepas gagal merangkul sebarang trofi dan terlepas aksi final Liga Juara-Juara dan Liga Europa, Shaw bersemangat untuk membantu United kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.

“Musim yang sangat sukar untuk kami semua dan kami tidak begitu gembira menikmati masa cuti kami.

“Awak boleh lihat final melibatkan pasukan England dalam Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

“Mereka membuatkan kami rasa sangat tervk terutama pada aksi final. Kami tidak mahu perkara ini berulang.

“Sebab itu kami akan kembali dengan mentaliti baharu. Kami akan fokus untuk kembali meletakkan United di tempat yang sepatutnya,” kata pertahanan kiri United itu.

 

Sumber: AGENSI via  UTUSANONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*