Zidane nafi tidak hormat Bale

WASHINGTON: Pengendali Real Madrid Zinedine Zidane berkata dia tidak pernah tidak menghormati Gareth Bale dan keputusan menjual pemain Wales itu adalah daripada kelab, bukan dirinya.

Bale tidak beraksi untuk Real dalam kekalahan 3-1 kepada Bayern Munich pada Piala Juara-Juara Antarabangsa Sabtu lalu, dengan Zidane mendedahkan ketiadaannya adalah kerana kelab sedang menguruskan perpindahan pemain itu.

Ejen Bale melabelkan Zidane sebagai “memalvkan” tetapi bekas pemain Perancis itu mempertahankan tindakannya.

“Ada ketika bahasa Sepanyol saya mengelirukan,” kata Zidane. “Saya ingin menegaskan di sini, pertama sekali saya tidak pernah tidak menghormati sesiapa.

“Saya sentiasa memperkatakan perkara yang sama, pemain-pemain adalah perkara paling penting dan setiap kali saya bersama mereka di sini saya akan sentiasa bersama mereka.

“Kedua, saya katakan yang kelab cuba untuk menjualnya. Ketiga, saya rasa ia penting untuk mengatakan tempoh hari Gareth tidak bermain kerana dia tidak mahu.

“Dia akan berlatih dengan kami hari ini. Dia akan berlatih dengan skuad hari ini, tetapi esok adalah cerita esok.

“Gareth adalah pemain Real Madrid. Itu perkara paling penting, dia adalah pemain untuk skuad.”

Bale, 30, memenangi empat trofi Liga Juara-Juara sejak menyertai Madrid dari Tottenham Hotspur pada tahun 2013 dengan bayaran paling tinggi di dunia ketika itu, 100 juta euro (RM461 juta), tetapi bergelvt untuk mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama musim lalu.

 

Sumber: REUTERS via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*