Chelsea mulai faham mesej Lampard

SAITAMA, Jepun: Jurulatih baharu Chelsea, Frank Lampard percaya mesejnya sudah mula difahami pemain susulan kemenangan 2-1 ke atas Barcelona dalam aksi persahabatan pra-musim, semalam.

Lampard yang juga penjaring terbanyak Chelsea kembali ke Stamford Bridge sebagai pengurus pada 4 Julai lalu berkata kemenangan itu turut membuktikan kerja keras staf kejurulatihan dan pemain ketika latihan sudah mula menunjukkan hasil.

“Ia bagus di dalam dan juga di luar padang,” kata Lampard selepas kemenangan terhadap juara Sepanyol itu. “Terutama pada hari ini, saya melihat banyak petanda daripada kerja keras yang kami lakukan, dan ia amat bagus untuk saya.

“Masih banyak kerja yang perlu dibuat tetapi setakat ini ia kunjungan yang baik.”

Chelsea jelas beraksi lebih baik berbanding ketika tewas 0-1 kepada juara Jepun, Kawasaki Frontale, Jumaat lalu dengan penyer4ng muda, Tammy Abraham dan Ross Barkley meletakkan nama selaku penjaring.

Jaringan tunggal Barca disumbangkan pemain tengah, Ivan Rakitic pada masa keceder4an.

Pemain Chelsea, Tammy Abraham melepasi halangan penjaga gol Barcelona lalu menjaringkan gol pertama pasukannya. – Foto REUTERS

Lampard turut menyenaraikan dua penyer4ngnya, Olivier Giroud dan Michy Batshuayi pada babak kedua dan mengakui gembira dengan pilihan pemainnya di barisan depan bagi mengharungi musim ini.

“Tiada persaingan,” katanya. “Orang sentiasa bercakap mengenainya tetapi mereka semua perlu meningkat dan menunjukkan mereka boleh menjadi penyer4ng untuk Chelsea. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap mereka.”

Lampard terpaksa menggunakan segala pilihan yang ada berikutan penggantungan pembelian pemain yang sedang dihadapi Chelsea ketika ini.

Begitupun, mereka berjaya menguatkan pasukan dengan kehadiran pemain tengah Croatia, Mateo Kovacic yang melengkapkan perpindahannya selepas dipinjamkan Real Madrid musim lalu.

 

Sumber: Reuters via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*