ICFL platform baharu untuk liga bawah 14 tahun

PUTRAJAYA – Berita gembira buat pemain bola sepak bawah 14 tahun di negara ini apabila terdapat platform baharu iaitu Liga Antara Kelab Bola Sepak (ICFL) untuk mereka mengetengahkan bakat.

Presiden ICFL, Datuk Kamil Mokhtar berkata, liga itu dianjurkan bagi memperkasa bola sepak Malaysia dengan mencungkil dan membimbing pemain bagi membentuk pasukan negara melalui program liga bawah 14 tahun.

Beliau berkata, liga berkenaan yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat 8ightplus Malaysia akan bermula pada September hingga November ini dengan membabitkan sebanyak 16 pasukan sekitar Lembah Klang.

“Liga ICFL akan bermula September hingga November ini. Sebelum ke liga utama, pasukan yang ingin menyertainya perlu melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu kerana slot yang ditawarkan amat terhad.

“Pusingan kelayakan pertama akan berlangsung pada 27 Julai ini membabitkan sebanyak 12 pasukan dan empat pasukan terbaik akan layak ke liga utama ICFL,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Kamil, dalam majlis undian bagi 12 pasukan yang bertanding pada pra kelayakan, baru-baru ini, pihaknya juga turut memperkenalkan bekas pemain Selangor dan skuad kebangsaan, Shahril Arsat sebagai ikon ICFL.

“Untuk pusingan kelayakan pada 27 Julai ini, penganjur menyediakan hadiah wang tunai bagi juara hingga tempat keempat antara RM500 hingga RM1,000 serta piala, medal dan hamper,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya merancang untuk menjadikan liga berkenaan sebagai acara tahunan bagi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berbakat di peringkat akar umbi yang mampu mewakili negara pada masa akan datang.

“Kita tidak akan mensia-siakan bakat pemain yang menyertai liga ICFL. Melalui liga ini, kita juga akan membuat pemilihan pemain untuk mewakili satu pasukan yang akan ditubuhkan oleh ICFL,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : UTUSAN ONLINE 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*