Ini dia pengadil yang akan adili final Piala FA

KUALA LUMPUR: Pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Takuto Okabe bakal mengadili aksi final Piala FA antara Perak bertemu Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Perkembangan itu diumumkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Pengadil berusia 38 tahun itu akan dibantu dua penolong pengadil yang juga rakan senegaranya iaitu Akane Yagi dan Osamu Nomura sementara pengadil tempatan, Razlan Joffri Ali akan bertugas selaku pengadil keempat atau pengadil simpanan.

Sebagai rekod, Okabe yang bertugas sebagai pengadil utama dalam Liga Jepun (Liga J) menjadi pengadil FIFA sejak 2015.

Beliau berpengalaman mengendalikan perlawanan pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015 di Gwangju, Korea Selatan, Universiade 2017 di Chinese Taipei dan Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Selain itu, Okabe turut diberi tugas mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC sepanjang empat tahun terakhir ini bermula dari 2016 hingga 2019. 

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*