Penyokong Selangor, berterima kasihlah kepada Satiananthan

Musim 2018, pasukan Selangor sekadar menduduki tangga ke-8 dalam saingan Liga Super. Paling corot sejak mereka menjadi naib juara pada kempen 2015, empat tahun lalu. Namun, musim ini, pasukan yang mendapat julukan Red Giants ini berjaya menjadi ‘Top 3’ dalam saingan Liga Super serta mencatatkan lonjakan lima anak tangga berbanding musim lalu.

Disebalik kejayaan ini, penyokong Selangor seharusnya berterima kasih kepada ketua jurulatih, B. Satiananthan yang menjadi tulang belakang kepada pencapaian ini. Mungkin ramai kalangan penyokong Red Giants mahukan lebih daripada Selangor seperti mencabar Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan lebih serius, atau mara ke perlawanan akhir Piala FA 2019 tetapi mereka harus sedar ini merupakan musim pertama buat Coach Satia bersama pasukan ini.

Foto: Football Association of Singapore

Musim sulung sememangnya memberikan cabaran kepada mana-mana jurulatih dan ia bukan satu perkara mudah dalam dunia bola sepak. Lihat sahaja di selatan semenanjung tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika dibimbing oleh Fandi Ahmad pada waktu awal penjenamaan besar-besaran skuad Harimau Selatan oleh DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Setelah membawa masuk beberapa pemain skuad kebangsaan serta Dani Guiza dan Simone del Nero untuk menguatkan pasukan, Fandi Ahmad tetap sukar untuk menjelmakan kejuaraan sulung buat JDT pada musim itu. Namun, beliau telah meletakkan JDT di tangga ke-3 liga sama seperti yang dicapai Selangor pada musim ini.


B. Satiananthan ketika bersama Kelantan FA suatu masa dahulu. Foto: Kelantan FA

Dan imbas kembali ketika B. Satiananthan memimpin Kelantan pada saingan liga musim 2010. Juga tidak dapat dijelmakan trofi Liga Super pada musim tersebut walaupun Coach Satia diberikan satu skuad yang dipenuhi pemain-pemain yang sedang meningkat naik dan Kelantan telah memposisikan diri antara pasukan pencabar kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia ketika itu.

Jadi, untuk seorang ketua jurulatih atau pengurus untuk mencipta magis bagaikan Antonio Conte atau Luis Enrique di musim sulungnya adalah sesuatu yang sukar dalam dunia bola sepak. Anda seorang yang bertuah jika berjaya melakukannya. Perlu juga diambil kira saingan di Liga Malaysia ketika ini semakin meningkat dengan persaingan daripada pasukan-pasukan lain seperti Pahang, Kedah, Perak dan Melaka.


Piala Malaysia jadi sasaran terakhir Selangor musim 2019?

Bukanlah mahu mengatakan penyokong Selangor tidak berhak melihat pasukannya menjulang mana-mana trofi pada musim ini atau memberikan saingan hebat kepada pasukan lain, tetapi di sini, B. Satiananthan telah berikan satu pencapaian yang memberangsangkan pada musim 2019 jika dibandingkan dengan musim 2018. Satu pencapaian yang perlu dihargai oleh semua penyokong.

Selain daripada mengharungi musim sulung bersama Selangor, satu perkara yang mungkin tidak disedari oleh penyokong Red Giants adalah pasukan Selangor pada musim ini tampil sebagai sebuah skuad yang baharu. Coach Satia tiba ke Selangor, bergandingan tenaga dan buah fikiran bersama pihak pengurusan untuk membawa masuk pemain-pemain baharu dan membentuk sebuah pasukan baharu.


Foto: FA Selangor / asiana.my

Awal musim, Selangor telah menandatangani empat pemain import baharu iaitu Michal Nguyen, Taylor Regan, Endrick dos Santos dan Antonio German. Bagaimanapun, Antonio German tidak memuaskan hati peminat dan juga barisan kejurulatihan, beliau kemudiannya dilepaskan dan digantikan dengan bekas pemain import Kedah, Sandro da Silva Mendonca. Rufino Segovia ditandatangani kembali walaupun terdapat ura-ura khidmatnya tidak diperlukan untuk musim 2019, pada ketika itu.

Bagi pemain tempatan, sekitar sembilan orang pemain dibawa masuk. Antaranya Syazwan Zainon, Abdul Halim Saari, Norhakim Isa, K. Prabakaran, Faiz Nasir, Latiff Suhaimi, Nurridzuan Abu Hassan, Wan Zack Haikal dan Khyril Muhymeen. Fandi Othman pula dipinjam daripada pasukan PKNS FC. 


Selangor XI vs Pahang, saingan Liga Super 2019. Foto: FA Selangor

Jika dicampur pemain import dan tempatan yang baharu, hampir separuh daripada skuad Selangor 2019 merupakan muka baharu. Satu lagi tugas sukar dan besar digalas oleh B. Satiananthan dalam kem Selangor pada musim ini, iaitu perlu mencari ‘formula’ kombinasi pemain, keserasian dan membentuk kesebelasan terbaik di atas padang.

Seperkara lagi, tahukah anda bahawa dalam kalangan pemain ini terdapat beberapa nama yang mengharungi musim sulungnya dalam kancah saingan Liga Super? Itu belum lagi dikira dengan beberapa pemain yang bukan seorang ‘regular’ bersama pasukan masing-masing pada musim sebelumnya, walaupun mempunyai pengalaman dalam saingan tertinggi bola sepak tempatan, Liga Super.

Foto Kredit: Felcra FC

Contohnya, Endrick dos Santos Parafita, 24 tahun, datang daripada pasukan Felcra FC yang bersaing dalam kancah Liga Premier 2018. Bukan seorang yang ‘proven’ dalam saingan Liga Super di samping umurnya yang masih muda. Kita lihat pada awalnya, persembahan Endrick tidak begitu konsisten, adakalanya baik dan adakalanya kurang memuaskan. Namun, beliau tampil dengan aksi yang lebih segar, lebih memberikan impak kepada pasukan selain turut menyumbang beberapa assist dan gol buat Red Giants selepas pulih daripada keceder4an pada pertengahan musim.


Foto: Terengganu FC

‘Messi Ganu’ atau Faiz Nasir yang menjadi pujaan bukan sahaja penyokong Red Giants malah majoriti penyokong bola sepak tempatan pula bukanlah seorang ‘regular starter’ bersama pasukan Terengganu FC yang dibimbing oleh Irfan Bakti, pada musim lalu. 

Ya, nama pemain lincah bertubuh kecil ini ‘melevp’ semasa kempen Piala Malaysia 2018 namun dalam saingan Liga Super 2018, beliau sering digunakan oleh Irfan Bakti sebagai ‘supersub’. Meletakkan Faiz Nasir di posisi sayap (yang mengundang kr1tikan penyokong Selangor kepada Coach Satia) berbanding posisi midfield bukan satu perkara asing oleh Irfan Bakti terhadap Faiz Nasir. Nampaknya, Coach Satia dan Irfan Bakti memiliki persamaan dalam memaksimumkan kebolehan daripada ‘Messi Ganu’ ini.


Foto: Kedah FA

Tidak lupa juga dengan kelibat pemain ‘berpengalaman’ seperti Sandro da Silva Mendonca, Khyril Muhymeen, Rufino Segovia dan Amri Yahyah. Kemasukan Sandro dan Khyril tidak terlepas daripada kr1tikan para penyokong. Bagi mereka, Coach Satia bagaikan ‘mengitar semula’ muka lama dan tiada usaha untuk memberikan peluang kepada pemain-pemain muda atau merekrvt pemain import baharu.

Namun, pada pandangan Satiananthan, ada masanya pengalaman yang ada pada pemain-pemain ini memberikan ‘advantages’ dalam sesuatu situasi perlawanan. Dan ternyata pandangan tersebut ada asasnya dan kedua-dua ini telah menjawab kr1tikan itu dengan persembahan di atas padang. Penyokong Selangor boleh menjawab sendiri berapa jaringan yang disumbangkan oleh Sandro dan Khyril Muhymeen pada musim ini.


Foto Kredit: FA Selangor / asiana.my

Rumusannya, musim pertama Satiananthan bersama Selangor adalah satu kejayaan cemerlang pada musim ini dengan menduduki tangga ke-3 Liga Super 2019. Walaupun skuad ini tidak terdiri daripada ‘Top Players’ tempatan mahupun import namun para pemain juga telah memberikan keputusan yang memberangsangkan. Ini belum dikira dengan perancangan awal yang tidak kesampaian untuk direalisasikan seperti menggunakan Wan Zack Haikal dan Rufino Segovia kerana ditimpa kecederaan dan memerlukan rehat panjang.

Penyokong Selangor pastinya mahu melihat Red Giants di kedudukan lebih tinggi pada musim hadapan tetapi kerja dan usaha oleh Satiananthan bersama para pemainnya dalam meletakkan batu asas pada musim ini harus diberikan pujian dan ucapan terima kasih yang selayaknya.

Akhir kata, tahniah Coach Satia atas pencapaian saingan liga musim 2019 dan selamat maju jaya bagi saingan Piala Malaysia!

Foto: FA Selangor

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : FoxSports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*