LONDON – Pengurus yang bagus sentiasa mahukan kemenangan jadi tidak hairanlah bos Atletico Madrid, Diego Simeone apabila berbelanja besar untuk membina semula reputasi pasukan.
Antoine Griezmann sudah pun meninggalkan jentera ser4ngan pasukan itu malah hampir kesemua pertahanan turut mengikuti jejak langkah yang sama dan pemain tengah Atletico, Gabi yang digantikan dengan Rodri turut berhijrah ke pasukan lain.
Sehingga kini, Atletico sudah pun membelanjakan 218 juta pound (RM1.1 bilion). Itu meliputi pembelian Joan Felix dari Benfica yang berharga 113 juta pound (RM576 juta), Marcos Llorente (Real Madrid) yang bernilai 27 juta pound (RM137 juta), Mario Hermoso (Espanyol) 22.5 juta pound (RM114 juta).
Selebihnya Simeone membeli Felipe Augusto (Porto) dan Renan Lodi (Athletico Paranaense) masing-masing berharga 18 juta pound (RM91 juta) dan Kieran Trippier (Tottenham) 20 juta pound (RM101 juta).
Bagaimanapun, mereka masih mampu mencipta keuntungan yang dianggarkan berjumlah 280 juta pound (RM1.4 bilion) hasil penjualan Griezmann setelah dijual 108 juta pound (RM550 juta), Lucas Hernandez kepada Bayern Munich 72 juta pound (RM366 juta) dan Rodri kepada Manchester City 63 juta pound (RM321 juta).
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya
Sumber : AGENSI
Leave a Reply